plink plink!!
Perkahwinan adalah tradisi alam semesta dan tradisi kehidupan
WELCOME + FOLLOW + COMMENT(NO COPYCAT !!)

29 Mar 2012

Cara-cara Menjaga Hubungan Bersama Teman Lelaki Anda



Holla , agak2 apa yang aku nak borak kan ini?? haaa .. ini aku nak bagi tip2s untuk orang yang sedang hangat bercinta .. kalau korang lihat sendiri , banyak kan yang merana kerana cinta , kerana putus cinta , kerana hadirnya orang k3 dalam hubungan , dan sebagai nya yang boleh menyebabkan kita sakit , patah hati kerana cinta ... haaa... kita akan jadi 'confuse' ops ! dalam bahasa melayu nya keliru .. aisyhhh wahhh ... saja jerk nak speak2 ini .. kita keliru kenapa boleh putus?? sebelum menyalah orang lain .. baik selidik dulu .. supaya kita relaxxx .. tak de kusut lagi .. haaa ... adakah kita betul2 menjaga hubungan itu atau tak ... oke .. meh , den bagi cara2 untuk jaga hubungan kito niii .. nii , cara den...

  1. jujur dengan pasangan .. (kejujuran itu amat penting .. boleh mengelakan syak wasangka)
  2. mempercayai pasangan .. ( kita ini mestila saling mempercayai pasangan..agar terhindar daripada fitnah)
  3. ikhlas dengan pasangan..
  4. setia dengan pasangan..
  5. saling hormat-menghormati dengan pasangan..
  6. berfikiran terbuka ..
  7. tidak terlampau mengongkong ..
  8. selalu mengambil berat ..
  9. ada ketika pasangan memerlukan ..
  10. tidak memaksa pasangan pada hal yang remeh ..
  11. ketika pasangan sedang marah , terutama lelaki , lembutkanlah hati nya .. jangan memarahi nya , boleh menyebabkan bertengkaran ..
  12. ambil tahu tentang keluarganya ..
  13. mengenali rakan2 pasangan
haaa~ itu cara aku nak kekalkan hubungan ini .. opss~! lupa satu .. banyak2 lah bersabar .. lagi2 kaum hawa , ingatilah .. kaum adam selalu menguji kesabaran wanita sebelum dia membuar keputusan untuk memperisterikan kamu ... haaa~ ingat tuuu .. tu jela aku punya cara2 .. mudah tak?? ringkas jela aku punya .. tak ada panjang2 . itupun kalau korang setuju dengan cara aku ini .. sebab aku dah 2 kali bercinta , dan sekali frust menonggeng .. so, yang lepas aku ambil pengajaran .. aku baiki kesilapan aku .. dan kali ini aku tak nak buat silap lagi .. hehehe .. oke lahh .. itu jerk .. bye2!

p/s: Selamat Mencuba



TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

20 Mar 2012

BURUNG MERPATI







Salam semua pembaca blog aku ini .. hari ini tajuk post aku tentang burung merpati .. haaaiiii .. tentang binatang juga aku nak post kan ?? alahh .. apa salahnya , untuk tambah ilmu pengetahuan kan .. hari itu , aku pergi ke kedai di Bukit Beruang Melaka .. alahh.. aku tak tahu lah nama taman itu .. tapi taman itu belakang petronas .. aku pergi waktu petang .. aku tengok depan kedai .. huiiihhh gila! banyak betul burung merpati .. dah macam kat london pula .. haha .. ingat kat london jer ke ada?? Malaysia pun dah maju tau . hehe ..


CIRI2 BURUNG MERPATI :-

Burung Merpati ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruhnya tidak bergigi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

13 Mar 2012

Santau ...


ASSALAMMUALAIKUM ...


salam , selamat sejahtera . haiiii . da lama juga aku tak buka blogger aku ini . agak lama jugak lah .. haaaa .. hari ini post aku kena santau ... kenapa aku pilih tajuk santau ??? haaa ... sebab nya ada disini.. haaa ~ dirahsiakan lah . kalau lah korang ini rajin selongakar blog2 ini . aku pasti korang dapt tahu kenapa.. haiii .. zaman sekarang ini macam2 .. sepatutnya zaman sekarang adalah zaman moden , tak guna sihir2 ini , tapi zaman sekarang seperti zaman yang lama .. tapi lebih teruk zaman yang lama ... Ini lah sebab dunia hampir kiamat , orang sesama islam , bergaduh kerana salah faham , tak puas hati , tak berdyukur dan cemburu satu sama lain . sebabkan itu jugalah , berlakunya jenayah di dunia ini . sanggup berbunh , sanggup melihat orang lain dalam kesakitan . apa nak jadi ini?? ok lah , tak nak berhujah2 panjang sangat .. ok lah , aku nak fokus pada tajuk aku ini ..

MAKSUD SANTAU:-

  • Santau ataupun nama lain bagi santau adalah tuju-tuju. Santau adalah ilmu hitam yang digunakan untuk meracunkan musuh. Santau mempunyai 2 cara untuk meracun kan musuh iaitu :

  1. cara santau makanan
  2. cara santau angin
Santau secara makanan seseoranag itu ditaruh miang buluh , kaca , serbuk ipoh , bisa besi dan lain2. Bahan2 yang tadi akan memasuki perut musuh & melukakan bahgian dalm perut. Apabila musuh makan makan yang tercemar dengan racun santau , dia akan muntah2 darah , pitam , pengsan & minanggal dunia .

Kemudian santau angin , ia lebih daripada santau makanan , santau angin ia memlalui dengan bacaan jampi tertentu & hembuskan kearah manngsa .

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.


matlamat yang pengamal santau ini adalah digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh


☠TANDA2 AWAL TERKENA SANTAU



  • rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau.
  • batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
  • merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.
  • muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah.
  • berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

DAN LAIN2 LAGI SEPERTI :-
  1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif
  4. Kurang daya ingatan.
  5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  6. Sakit di bahagian tengkuk.
  7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru- paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.


PERINGATAN !!!

Sesiapa yang mempunyai tanda2 seperti diatas , cepat2 pergi berubat tradisional. jangan pergi berubat dengan dr pulak . hehe.. pergi secepat mungkin . anda dikhuatiri terkena santau . jangan main2 dengan santau kerana ia boleh mebawa maut !
****nak keterangan lanjut . rujuk disini


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

5 Mar 2012

JOM ! Kita Ramai2 Mengenali Perempuan Dengan Cara Berjalan.



Assalammualaikum ***

haaa . puas aku cungkil idea untuk buat post hari ini , tadi masa aku tengah buka2 internet , tekan jela apa jela kan . tiba2 aku tebaca cara mengenali wanita dengan berjalan .. haaa . tertarik betul aku baca artikel tuuu .. memang banyak betul nyaa .. oke , pada kaum adam , kalau korang nak mengenali kaun hawa .. meh cini , aku tunjuk kan . tapi jangan percaya 100 % oke ?? Pada kaum hawa , kita patut bersyukur kerana Tuhan jadi kan kita sebagai seorang wanita kerana wanita banyak nya kelebihan nya ..



1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan menatap lurus ke depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan nampak tegak ketika berjalan

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

PERHATIAN : JANGAN MEMPERCAYAI 100%




TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

2 Mar 2012

kerana FACEBOOK ...





ASSALAMMUALAIKUM



hurmm ... rasanya facebook tu da mcm nyawa kita kan? bg kita facebook adalah segala2nya . tak de fb rasa macam tak boleh boring jerk hidup ini . kalau korang nak tahu kerana facebook juga hidup aku bartukar warna . hehehe . ayat skema tuuuuuuu~ haha.. kerana facebook aku gaduh , kerana facebook aku dapat tahu dia ada awek lain , kerana facebook , aku berkenalan dengan bakal suami aku dan kerana facebook jugak aku gaduh . hahaha . tapi ingt tau , jgn salah kan facebook kerana hal2 tertentu . sebab facebook ini banyak kelebihan jikalau kita panadai mengunakan nya . senang contact orang yang jauh , kita dapat buat urusan niaga disitu and macam2 lagi lah . hehe . tak mo cakap banyaklah . hehe . aku tak mo lah cerita pasal ex2 aku tu .. aku cerita lah yer , pasal , bagaimana aku kenal bakal suami aku itu . dia lah yang add aku , dia lah yang mulakan perkenalan.. selepas hati aku patah, remuk dihancuri . hehe . jiwang siottt . aku jadila PG . nak tahu apa itu PG ?? Play Girl la . haha . banyak la jugak skandle aku dulu . tak de makne nyer nak serius , aku takowt dilukai lagi . dan aku jadi macam tu sebab , aku mencari laki yang boleh jadi suami aku . aku layan jerk la mamat ni .. saja nak test . mana lah tahu dia yang aku cari selama ni . selama ni ? kononnn . haha . tapi aku tahu dia ni macamana orang nya , dari gaya pencakapan dia , bahasa badan dia , dressup dia . dan pandangan dia . tak disangka dan tidak diduga dia sama juga dengan aku Play Boy . haha . aku kenal dengan play boy rupanya .. lantak la .. layan jerrr . aku pun apa kurang nya . layan punya layan . dia melamar aku untuk jadi isterinya . hah?? what ?? cam tak caya , aku tak menolak walaupun masa tu aku tak cinta kan dia . sebab aku akn bercinta dengan orang yang halal bagi aku . bla bla bla .. kalau nak ikut kan kisah aku . memang panjang . selepas kami merisik pun , aku masih layan skandle2 aku . huh~! kalo korang nak tahu skandle aku bukan calang2 orang . sama dengan dia masih layan perempuan lain . memang sukar nak kikis perangai ini . tapi kami slow2 kikis kan benda ni . lama-kelamaan aku senyap dengan semua skandle aku , sama juga dengan dia . lama-kelamaan , kami setia satu sama lain . alhamdulillah . . dan aku pun dah jatuh cinta dengan dia .. hehe . kami masing2 dilamun cinta . harap2 bekekalan .. hurm . sampai fb kami mati kan tapi aku yang tangan gatal hidupkan balik fb itu .. niat untuk contct dengan member jerk . senyap2 la . nanti kalau dia tahu aku hidupkan fb aku . mampoih aku . orang tua2 kata , jika orang tu jujur dengan kita tapi kita sebaliknya , dia akn dapat tahu juga , cuma lambat dan cepat jerk . haaa . sepandai2 tupai melompat , akhirnya jatuh ketanah juga.. kantoi beb ! hati tiba2 tergerak nak hidupkan fb dia .. haaaa . apalagi , tahu la dia fb aku masih ada lagi . time2 tu la kitaorang gaduh . menyesal la! tak mo buat lagi ! janji ! time tu jugak aku matikan balik dan tak akan on lagi ! aku janji !
aku nak jaga dia baik2 , bukan senang tau seorang playboy menjadi setia untuk seorang gadis yang dicintai. so , selepas ini , aku hargai and jaga dia baik2 selagi aku masih bernyawa . haha . tak boleh blah ayat aku ini kan ??
" dulu aku nak laki yang pandai , handsome , kaya , seorang playboy tapi berubah kerana mencintai aku , pandai menyanyi , pandai bermain gitar . ini lah impian aku waktu sekolah. tapi aku tak kisah sangat . yang jujur, setia , percaya kan aku dan ikhlas dengan aku . tapi sekarang aku dapat juga . so , aku aku tak akan lepas kan . aku sayanggggg sangt2 kat dia"
dalam moral cerita ini
" hargai orang yang mencintai kita , jangan sesekali menipu dengan orang yang jujur kepada kita , jaga lah orang yang mencintai kita selagi dia masih ada kerana dalam hidup kita cuma sekali sahaja kita akan jumpa orang yang ikhlas dengan kita "


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

Cute Pink Kaoani
COPYRIGHT BY CAT WOMAN