plink plink!!
Perkahwinan adalah tradisi alam semesta dan tradisi kehidupan
WELCOME + FOLLOW + COMMENT(NO COPYCAT !!)

9 Jul 2012

SAHABAT SETIA

hye semua .. rasa-rasanya aku da lama tak update blog .. oh! aku dah zaman apa ini?? hehe .. sorryla guys.. aku sibuk sangat.. lagi pula .. macam-macam masalah yang aku kena selesai .. haiiiyaahhh!! manyak serabut maaa... hehehe ..ok lah aku tak nak buang masa lagi .. aku ada kerja nak buat ini.. ok, hari ini aku nak update blog aku dengan title SAHABAT...

aku rasa semua orang tahu maksud sahabat kan?? dan ramai yang keliru mana sahabat dan kawan kan?? ok lah , aku terangkan ..

SAHABAT - orang yang patut gelarkan sahabat adalah orang yang rapat dan setia dengan kita tapi tiada pertalian darah .. hanya orang itu sahaja yang sentiasa disisi kita .. tak kisah lah kita susah , senang , sakit dan sihat .. walaupun dia tiada petalian darah tapi kita dah anggap dia seumpama keluarga kita.. apabila kita susah dia akan bantu kita , tak kiralah dengan cara apa pun .. bila kita sakit , dia tetap disisi kita untuk merawat ataupun menjaga kita dan apabila kita jatuh nanti.. dia akan bagi dorongan , semangat...

KAWAN - berbeza pula dengan kawan .. orang kata kawan ini cuma untuk gelak tawa sahaja.. ya.. kawan ini kawan kelas, kawan sekolah, kawan sukan .. kawan adalah orang yang sama hobi, aktiviti, cita2, tempat belajar, dan sebagainya .. kawan juga boleh berkongsi kegembiraan dan kesedihan kita juga tapi tak akan pergi jauh daripada itu.. dan jika tak sependapat hubungan akan terputus .. sebab itu lah kita perlu hati memilih kawan .. dan ada juga dari kawan jadikan sahabat ..

aku juga mahu berkongsi cerita aku dan juga kawan-kawan aku .. ceritanya....
"Tahun 2007 , aku baru nak mula mencari kawan.. bukan aku tak ada kawan sebelum ini malah kawan-kawan aku berpindah randah ke negeri orang dan sekolah lain .. hurmmm .. sedih jerkk .. aku mula beramah mesra dengan kawan-kawan sekelas.. mula-mula aku kenal aisyah, kemudian nazirah, dan ain selepas itu arwah syuhadah, wadah seterusnya dayah (M) dan pelajar baru .. nama nya raihana...dari JB tu.. haha .. mula-mula kami tengok pakaian dia pergi ke sekolah pelik... kami berkenalan dengan dia , itupun sebab dayah (M) ajak dia makan sama-sama waktu rehat .. dan selepas itu .. dia pun join group kami .. group kami 8 orang dan paling kelakar group kami tak de nama dan ketua .. sebab kami tak perlukan semua itu .. memang best kawan ramai-ramai ini tapi mesti ada pergaduhan .. aiihh.. pening-pening .. kumpulan kami tak kekal lama .. masuk form 4, kami berpisah jua kerana tak sama jurusan dan kelas.. yang tinggal hanya 5 orang .. aisyah, dayah (M), nazirah , raihana dan aku.. kerana kelakuan aisyah yang kami tak suka .. dan membuatkan aku dan dia bergaduh besar .. kami singkirkan dia.. ( maaf, walaupun dia bukan kawan aku lagi tapi aib dia aku tak akan cerita ) tinggal lah 4 orang .. dan tahun seterusnya , semasa aku berumur 17 tahun kawan-kawan aku tinggal 3 orang sahaja .. nazirah dah jumpa kawan lain.. tapi kami jumpa kawan baru FARAH .. bukan budak baru tapi kebetulan aku dan farah duduk disebelah- sebelahan .. cuma tinggal empat sahaja .. empat ini pun dah cukup membahagiakan .. bukan kawan tapi sahabat yang aku sayang dan sentiasa ada ketika aku susah dan senang.. sentiasa bantu mebantu .. kami memang otak gila-gila .. kadang-kadang kami ada gaduh juga .. tak ada manusia hidup bahagia sepanjang hidupnya .. sedangkan lidah sendiri tergigit .. kami gaduh tak lama.. selepas beberapa hari kami akan betegur sapa.. keakraban kami sehingga raihana dan dayah (M) gaduh besar .. aku dan farah seumpama orang tengah.. kemudian farah pula jadi mangsa dan akhirnya aku .. kerana cemburu aku lebih akrab sebelah pihak .. bukan.. semua aku kawan.. aku tak pernah singkirkan kau dayah(M) .. tapi tak mengapalah aku mintak maaf pun kau kutuk-kutuk aku .. aku bukan jenis nak cerita keburukan kau sebab aku anggap kau kawan aku .. tapi kau lupakan kami .. sediki pun hati kau tak terasa rindu .. hingga kini 20 tahun da aku ini.. cepat masa berlalu.. baru aku sedar dan baru aku tahu yang mana sahabat dan kawan .. hanya farah dan raihana sahaja sahabat yang aku ada .. ketika aku sedang sedih , korang selalu support aku .. ketika aku susah korang sentiasa mebantu aku .. raihana.. seorang yang tegas .. tapi penyayang.. sentiasa memahami aku .. kau sentiasa menasihati aku bila aku hilang arah .. dan farah seorang yang manja dan cool always .. dia dengan aku sama kuat menangis .. hehe .. mantop .. haha! walaupun aku jarang dengan korang sekarang tapi aku tak akan lupakan korang .. bukan aku tak nak bersama dengan korang .. tapi korang fahamkan perangai tunang aku .. korang lah sahabat aku yang paling best ! aku tak akan lupakan korang .. aku nak korang tahu aku sayang korang walau apa2 pun terjadi ok??"

p/s :
:e7:
itulah cerita aku .. haaa.. jiwang juga aku ini.. hehe..kawan senang nak cari tapi sahabat memang bukan senang nak cari , oleh itu hargailah mereka..



TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

Cute Pink Kaoani
COPYRIGHT BY CAT WOMAN