plink plink!!
Perkahwinan adalah tradisi alam semesta dan tradisi kehidupan
WELCOME + FOLLOW + COMMENT(NO COPYCAT !!)

8 Feb 2012

Muzium-muzium DiMelaka

haaaa . . kali ini aku nak promote muzium kat melaka pulak.. promote tuuuu ... hahaha .. siapa tak bangga dengan negeri sendiri . Melaka negeri ku . ceeewaaaaaaahhh .. jiwang gituuu . :) aku cuma dibesarkan di negeri bersejarah ni tapi bukan tempat kelahiran aku . haha . 

MUZIUM SAMUDERA


Muzium Samudera fasa 1 dibina pada awal tahun 1990
berdasarkan sebuah replika Kapal Portugis yang bernama Flor De La Mar.

Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman KolonialPortugisBelandaInggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

MUZIUM ORANG ASLI


Muzium ini diapatasikan dari replika rumah Orang Asli yang terdapat
dinegara ini besebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh.
Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti SenoiJah Hut dan Mah Meri.
Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.

GALERI 3D


Galeri 3D mempamerkan sejarah awal kewujudan Melaka dan sejarah penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris di Melaka sehingga kemedekaan persekutuan Tanah Melayu. Ianya turut mempapmerkan persembahan warisan sejarah dengan cara teknologi yang berkonsepkan 3D vision untuk tatapan generasi kini.

Dan Pelbagai lagi Muzium di Melaka antaranya

____>>>>> MUZIUM PERTANIAN                                      
  ----------->>>>>>GALERI MELAKA
_____>>>>>MUZIUM ADAT ISTIADAT                                 
  ------------>>>>>>MUZIUM TLDM
______>>>>>MUZIUM CHETTI                                             
 ------------->>>>>>MUZIUM SAMUDERA FASA 2
_______>>>>>REPLIKA ISTANA KESULTANAN MELAKA      
-------------->>>>>>MUZIUM SETEM MELAKA
_________>>>>MUZIUM DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM       
  --------------->>>>>>MUZIUM LAYANG-LAYANG

DAN BANYAK LAGI MUZIUM TERDAPAT DI MELAKA . KERANA DISEBABKAN MELAKA ADALAH NEGERI YANG BERSEJARAH .
haaaaa... siapa yang belum pergi melaka?? plan la cuti nanti pergi melaka pula . melawat melaka ini . macam-macam ada tau . hehe . :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

No comments:

Post a Comment

sudah baca.. sudikan lah komen nye ^_^
terima kasih............

Cute Pink Kaoani
COPYRIGHT BY CAT WOMAN