plink plink!!
Perkahwinan adalah tradisi alam semesta dan tradisi kehidupan
WELCOME + FOLLOW + COMMENT(NO COPYCAT !!)

27 Jan 2012

Bujang terlajak

Salam ,
Hari Selasa 24/ 01/2012 , aku pergi tengok wayang kat jaya jusco , tapi tak tahu nak tengok cerita apa , hurmmm .. aku pun main beli jela tiket wayang filem bujang terlajak , test tengok  hehe . . sedap tak sedap cerita dia . Cerita itu memang tak kering gusi , tak rugi kalau tengok tapi starting cerita itu tak menarik la . Starting macam Pertengah Cerita , maybe nak pendekkan cerita tu kowt . hurm , siapa-siapa yang belum tengok , cuba-cuba la korang tengok . Kelakar gilew . aku bagi cerita itu 4****  . hehe .





SINOPSIS




Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).
Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).
Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?






Info Filem Bujang Telajak
Penerbit : Latiff Mohaideen
Pengarah : Prof. Madya A.Razak Mohaideen (FDAM)
Skrip : Shaheed Salim
Lakon layar : Prof. Madya A.Razak Mohaideen (FDAM)
Syarikat Penerbit : LineClear Motion Pictures
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Klasifikasi : U
Durasi : 90 minit
Format : 35mm
Tarikh Tayangan : 19 Januari 2012



TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH + BACA ^_^

No comments:

Post a Comment

sudah baca.. sudikan lah komen nye ^_^
terima kasih............

Cute Pink Kaoani
COPYRIGHT BY CAT WOMAN