MAHU
kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu
bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan
penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak
bermaya.
Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita
bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek,disini diberikan
panduan solekan ringkas agar ia memberi manfaat kepada semua.
Wajah
Bersihkan
wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak
asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan
kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan
dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan
terlalu berlebihan.
Pastikan sebelum membeli bedak, pastikan
anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.
Wanita
yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis
debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala
mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air.
Bibir
Mata
Pastikan piilihan warna adalah yang sesuai dengan usia, juga warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik dilihat orang lain.
Alis
mata
Gunakan
pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Ramai wanita yang
mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian
berkenaan dapat menaikkan seri wajah.
No comments:
Post a Comment
sudah baca.. sudikan lah komen nye ^_^
terima kasih............